04 Julai 2014

PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG

Tanggal 28 Jun 2014 sehari sebelum umatbislam berpuasa Rumah Warisan Kaseh menerima kunjungan pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan Cyberjaya untuk Program Masih ada yang sayang.


Kunjungan singkat penuh makna mudah-mudahan ada menfaat didalamnya. Terima kasih atas sumbangan dan bantuan juga tazkirah ringka oleh Ustaz.

Saat anak-anak bersalaman dengan penghuni kelihatan ada matabyang bergenang sedih dan gembira. Masing-masing ada pengalaman yang menjadi rahsia peribadi. Seperti yang sering saya katakan kepada tetamu yang datang, "Jangan tanya asal-usul atau sejarah mereka jika ingin melihat wargaemas tersenyum" Tanyalah hal semasa InsyaAllah mereka akan terus berbicara.


Latar belakang mereka pelbagai,ada suka ada duka pastinya ia menjadi rahsia yang boleh terungkap atau sebaliknya. Biarkan mereka bercerita sendiri, " Saya bukan orang baik ,sekarang saya dah insaf. Lama saya  jadi gelandangan hingga satu ketika seseorang membawa saya ke gereja. 6 bulan saya duduk dalam gereja sehingga ada seseorang merujuk saya kesini. InsyaAllah selepas saya stabil saya akan cari keluarga saya semula", cerita seorang penghuni .

Tiada ulasan: